Monday, June 9, 2014

Pembunuhan kanak kanak 2 tahun



Nama Mangsa: Siti Soffea Emelda  kanak-kanak mangsa pembunuhan kejam apabila kepalanya dipenggal Menggunakan ceramic  dan ditemui oleh orang awam pada 29 mei 2014 berhampiran stesen keretapi Tanah Melayu. Menurut Beberapa saksi Mereka ternampak seorang lelaki merebahkan Budak kecik itu di dalam semak sebelum di hempap benda tanjam dan berat.
Mangsa yang berumur 2 tahun 6 bulan tersebut ditemui kira-kira pada jam 9 malam didalam keadaan yang masih lengkap berpakaian tetapi kepalanya dipenggal oleh suspek terlebih dahulu sebelum dicampakkan dilokasi dimana mayat kanak-kanak tersebut dijumpai oleh orang ramai.
Polis sukar menentukan motif pembunuhan kejam Siti Soffea Emelda kerana tiada keterangan yang dapat mengaitkan ibu kanak-kanak berusia dua tahun enam bulan itu dengan suspek.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur SAC Gan Kong Meng berkata polis juga tidak dapat mengaitkan suspek dengan bapa mangsa.
"Oleh itu sukar untuk menjuruskan kepada penentuan motif pembunuhan kanak-kanak malang ini," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Gan berkata kertas siasatan kes itu akan dirujuk kepada timbalan pendakwa raya minggu depan bagi menentukan tindakan lanjut.
Siasatan dibuat menurut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan Seksyen 33 Akta Kanak-Kanak 2001.


Ibu kepada anak kecik itu Pengsan Berkali kali kerana tidak dapat menerima hakikat atas kejadian yg telah menimpa anak perempuanya .


Pembunuh !
Mayat suspek yang dikatakan terjun ke dalam Sungai Klang selepas membunuh kanak-kanak itu ditemui terapung di sungai berhampiran plaza tol Sunway pada 31 mei lepas.


No comments:

Post a Comment