UALA LUMPUR - Seorang pegawai bank dan suaminya dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini terhadap pelbagai tuduhan termasuk mencuri, memindah dan menggunakan dokumen palsu bagi mengeluarkan wang dari akaun empat mangsa MH370 membabitkan kira-kira RM110,643.
Tertuduh, Nur Shila Khanan, 33, dan Basheer Ahmad Maula Sahul Hameed, 33, mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Mat Ghani Alias.
Nur Shila didakwa dengan keseluruhan 12 pertuduhan manakala Basheer pula menghadapi tiga pertuduhan.
Bagi empat-empat kesalahan itu, pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 465 kanun sama yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun dengan denda atau kedua-duanya, jika disabit kesalahan.
Selain itu, dia juga menghadapi dua pertuduhan lain, iaitu didakwa menipu dua penyelia bank, Nor Aini Derus @Mat Rose dan Mohd Fazli Mokhtar untuk mempercayai permohonan baru kad debit bagi akaun simpanan Tian dan Judy telah dibuat oleh pemohon sendiri.
Bagi kesalahan itu pula, dia didakwa mengikut Seksyen 417 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara maksimim lima tahun atau denda atau keduanya, jika disabit kesalahan.
Ibu kepada tiga anak itu turut didakwa terhadap dua pertuduhan mencuri wang berjumlah RM2, 530 daripada akaun Ju Kun dan Tan Size Hiang mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau keduanya sekali, jika disabit kesalahan.
Kesemua kesalahan itu didakwa berlaku di bank HSBC tempat dia bekerja di cawangan Lebuh Ampang, di sini antara 14 Mei dan 8 Julai lalu.
Sementara suaminya, Basheer Ahmad Maula Sahul Hameed, didakwa terhadap empat pertuduhan menggunakan kad debit akaun simpanan Tian untuk mengeluarkan wang berjumlah RM7,650 dalam tiga transaksi berasingan.
Bagi pertuduhan itu dia didakwa mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Jenayah Komputer 1997.
Tertuduh juga didakwa bagi empat pertuduhan alternatif iaitu mencuri wang berjumlah RM7,650 daripada akaun simpanan Tian.
Bagi pertuduhan itu dia didakwa mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
Dia didakwa melakukan kesemua perbuatan itu di ATM HSBC Amanah Ampang Point, Ampang di sini antara 10.02 pagi 15 Mei lepas dan 11.28 malam 29 Jun lepas.
Mat Ghani kemudian membenarkan kedua-dua tertuduh masing-masing dijamin RM12,000 dengan seorang penjamin dan memerintahkan pasport milik mereka diserahkan kepada mahkamah.
Mahkamah menetapkan pada 25 Ogos ini bagi sebutan kes.
No comments:
Post a Comment